Isnin, 25 September 2017

TINDAKAN pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaya menggagalkan cubaan lelaki untuk bunuh diri dengan terjun dari tingkat 21 kondominium di Batu 13, Jalan Puchong, hari ini.



TINDAKAN pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaya menggagalkan cubaan lelaki untuk bunuh diri dengan terjun dari tingkat 21 kondominium di Batu 13, Jalan Puchong, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada 6.50 pagi.

Katanya, tujuh anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dikerahkan ke lokasi bagi tindakan lanjut.

"Setibanya di lokasi anggota mendapati terdapat seorang lelaki dipercayai mempunyai masalah peribadi berada di luar balkoni di tingkat 21 bangunan kondominium berkenaan.

"Selepas hampir sejam, anggota berjaya memujuk lelaki berusia 39 tahun terbabit untuk masuk semula ke dalam rumah sebelum dia diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan