Bandar Tumpat dahulunya sebuah bandar pelabuhan yang masyhur di sekitar tahun 1900. Pihak berkuasa pelabuhan Syahbandar telah mendirikan rumah api di kawasan-kawasan yang strategik bagi kemudahan para pedagang atau pelayar keluar masuk ke pelabuhan khususnya di waktu malam.
rumah api yang di temui ialah yang kini terletak dalam kawasan stor K.T.M. Rumah api ini dibina daripada batu-bata berbentuk bulat dan tirus ke atas. Ukuran lilit bahagian bawahnya 37 9 dan tingginya 70 kaki. Tangga dibina di bahagian dalam rumah api ini bagi membolehkan seseorang naik ke atas untuk memasang dan memadam lampu. Mengikut cerita lisan penduduk tempatan rumah api ini dibina sebelum Perang Dunia ke-2 oleh pasukan marine bagi mengawasi perairan Tumpat. Semasa Peperangan Dunia Kedua 1941-1945 negeri Kelantan yang di bawah pentadbiran tentera Jepun telah menggunakan rumah api ini untuk mengawasi kawasan perairan dari ancaman musuh dan memudahkan kapal-kapal tenteranya membuat rondaan di laut. Kini dengan kemajuan teknologi yang canggih dalam bidang pelayaran rumah api tidak lagi digunakan. Ia hanya tinggal menjadi bahan sejarah untuk tontonan umum kini dan akan datang.
Rumah api ini mempunyai misteri tersendiri ia di katakan di huni oleh mahluk halus pernah penduduk kampung terlihat seorang wanita sedang menari dan menyanyi di atas menara api ini dan apabila ia mendekati rumah api itu untuk mempastikan siapa yang bermain di atas menara rumah api itu
kerana waktu itu sudah hampir waktu senja tapi tiba tiba wanita di atas menara rumah api itu ghaib kejadian ini berlaku pada tahun 1978
tahun 1982 seorang lelaki dalam perjalanan ke madrasah untuk sembahyang isyak apabila ia memhampiri menara rumah api ia terdengar suara wanita menangis di atas menara rumah api lalu ia terus berlari ke madrasah dan menceritakan pada ahli jemaah madrasah dan mereka semua terus pergi ke tempat menara rumah api untuk melihat apa yang berlaku tapi setelah mereka semua sampai di tempat menara rumah api itu setelah di periksa dekat menara rumah api itu tiada apa pun berlaku lalu mereka semua pulang
sejak dari itu ramai penduduk di situ mempercayai menara rumah api itu di huni oleh mahluk halus yang di ceritakan dari mulut ke mulut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan