Rabu, 20 September 2017

akhirnya rumah Zainab Sulaiman, 80,berjaya di bakar oleh mahluk halus Mok Nab berkata, kali terakhir rumah mereka diganggu api misteri berkenaan sekitar dua tahun lalu





KOTA BHARU - Keluarga mangsa kebakaran dipercayai berpunca dari api misteri  di Kampung Bunga Emas, Penambang di sini trauma dan runsing memikirkan nasib mereka selepas kejadian kebakaran berlaku semalam sehingga menyebabkan dua kediaman termasuk rumah mereka hangus dalam kejadian terbabit.

Zainab Sulaiman, 80, atau lebih dikenali Mok Nab berkata, kali terakhir rumah mereka diganggu api misteri berkenaan sekitar dua tahun lalu selepas pelbagai ikhtiar dilakukan bagi meredakan serangan tersebut.

Mok Nab berkata, kali ini api misteri itu kembali dan menyerang lebih agresif apabila memusnahkan seluruh rumah mereka selain dikatakan sering 'mengekori' cucu perempuannya, Wan Nur Fatihah Wan Hanafi, 19, ke mana sahaja gadis itu pergi.

"Dua hari sebelum rumah kami hangus, api misteri muncul dengan kerap tiga atau empat kali di rumah. Ketika itu, apinya kecil sahaja jadi kami sekeluarga tidak mempunyai masalah memadamkannya.

"Dalam kejadian pagi kelmarin api tersebut dikatakan muncul di bilik tengah. Wan Nur Fatihah yang melihat kejadian itu tidak mampu memadamkannya kerana terlalu marak,"katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Wan Nur Fatihah mengakui trauma dengan kejadian itu, selain berasa rendah diri kerana khuatir orang ramai menuduh dia menjadi punca kepada kebakaran itu.

"Saya malu berdepan dengan orang ramai. Ada yang mendakwa ke mana sahaja saya pergi, tempat itu akan terbakar," katanya yang turut menjalani rawatan perubatan Islam.

Semalam, dalam kejadian dipercayai bermula 10 pagi, rumah Zainab dan jirannya musnah sepenuhnya dan api marak begitu cepat sehingga menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan