Isnin, 25 September 2017
KOTA BHARU - GARA GARA menghantar mesej gambar lucah kepada jiran ....................................................................... ............................................................................................................................. ...............................................................................................................................
KOTA BHARU - Angkara menghantar mesej gambar lucah kepada jirannya, seorang tukang cuci menerima padah apabila didenda RM3,000 oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.
Majistret, Nik Habri Muhamad mengenakan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Ismail Muda, 36, mengaku salah terhadap pertuduhan yang dikemukakan.
Tertuduh didakwa menghantar mesej gambar lucah melalui telefon bimbit kepada jiran yang juga seorang remaja perempuan berusia 19 tahun di sebuah rumah tanpa nombor di Pulau Belanga Sering, di sini, pada jam 12 tengah hari, 18 September lalu.
Dakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Sharifah Amirda Shtasha Amir Shariffuddi, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Nasir Abdullah.
Terdahulu, tertuduh merayu hukumannya diringankan dengan mengambil kira tertuduh yang menanggung orang tuanya dan masih bujang.
Sharifah Amirda pula memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain supaya tidak mengulanginya.
Nik Habri kemudian menjatuhkan hukuman itu dan mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya denda itu gagal dijelaskan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan