Isnin, 16 Oktober 2017

JELI - Misteri gunung Reng PERKAMPUNGAN YANG DI LAKNAT OLEH ALLAH ............................................................................................



Gunung timpa kampung di hari akhir keramaian

Kampung Gunung Reng dikatakan wujud kerana kifarah ALLAH terhadap hambanya yang telah melanggar nilai serta norma kemanusiaan.

Jika dirujuk pada catatan sejarah yang terdapat sekitar gunung itu, tapak asal gunung berkenaan dibuka Tok Tadeh dari keturunan Pulang Hari, Jawa, yang berhijrah ke kampung berkenaan.

Penduduk, Abu Bakar Yaacob, 73, berkata, berdasarkan cerita Allahyarham ibunya, Siti Mariam Mamat, ketika dulu di Kampung Tala diadakan majlis keramaian secara besar-besaran selama tujuh hari tujuh malam dengan pelbagai acara dan aktiviti.

Katanya, kemuncak pesta berkenaan iaitu menjelang waktu Zohor, diadakan acara melaga kucing dengan anjing yang dibuat di atas bumbung rumah kononnya sebagai acara penutup.

Menurutnya, ketika penduduk leka menyaksikan acara berkenaan, langit tiba-tiba bertukar gelap sebelum disusuli ribut taufan serta hujan lebat.

“Ketika itu seorang nenek bersama cucunya yang tinggal di Kampung Gantang bersebelahan Kampung Tala pulang ke rumah untuk alihkan padi yang dijemur.

"Mereka kemudian kembali ke Kampung Tala, dan alangkah terkejutnya apabila melihat terdapat gunung besar di tapak kampung berkenaan,”

Abu Bakar berkata, perempuan tua dan cucunya kemudian meninggalkan Kampung Tala kerana hanya mereka sahaja yang ada di situ.

“Kedua-duanya kemudian berpindah ke Kampung Jeli Lama dan dikatakan memulakan hidup baru di kampung itu.

"Mereka juga yang berkongsi cerita dengan generasi seterusnya dan dibawa dari generasi ke generasi sehingga hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, difahamkan gunung yang menghempap Kampung Tala itu dikatakan berasal dari Ulu Sungai Reng yang terletak di negeri Perak, di mana jaraknya kira-kira tiga hari tiga malam perjalanan untuk sampai ke kampung berkenaan.

Gunung Reng dikatakan mendapat nama daripada Sungai Reng yang mengalir berhampiran gunung berkenaan.

Lebih menguatkan dakwaan itu apabila dikatakan tempat asal gunung berkenaan telah menjadi kolam, dan sehingga kini kolam yang terdapat di hulu Sungai Reng berbentuk seperti Gunung Reng ini.



Abu Bakar berkata, gunung itu juga dikatakan menjadi tempat persinggahan Puteri Saadong sebelum berpindah ke Gunung Ayam di Gua Musang.

Katanya, Puteri Saadong meninggalkan Gunung Reng selepas dikatakan merajuk dengan penduduk kampung yang tidak memulangkan pinggang mangkuk dipinjam.

“Kalau hantar yang pecah pun tak apa, tapi penduduk ketika itu hidup susah langsung, tak mampu nak beli, jadi mereka tak pulangkannya menyebabkan Puteri Saadong merajuk dan meninggalkan Gunung Reng.

“Jika menyusuri bahagian dalam Gunung Reng, kita masih boleh lihat tinggalan Puteri Saadong seperti pinggang mangkuk, kamar beradu, tempat bermain makyung dan empat hulubalang,

Khamis, 12 Oktober 2017

GUA MUSANG - misteri belum terbongkar adakah? ia di tawan oleh orang bunian seorang lelaki, Lau See, 69, yang dilaporkan hilang di kawasan Hutan Simpan Lebir, Aring 8 ...................................................




GUA MUSANG - Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki, Lau See, 69, yang dilaporkan hilang di kawasan Hutan Simpan Lebir, Aring 8 di sini sejak Isnin, sedang dipergiat dan kawasan pencarian diperluas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Penolong Kanan Pegawai Bomba Anuar Abas berkata seramai 23 anggota daripada beberapa agensi penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung terbabit dalam operasi berkenaan.

"Hari ini kami akan memperluaskan gerakan mencari mangsa ke kawasan tiga kilometer persegi sekitar kawasan mangsa dilapor hilang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Anuar berkata dalam operasi semalam yang tamat pukul 6 petang, pihaknya belum menemui sebarang petunjuk kedudukan Lau tetapi kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux miliknya masih berada dilokasi yang ditinggalkan.

Beliau berkata pelbagai barang milik Lau di dalam kenderaan itu tidak terusik kerana kunci dipercayai ada  pada lelaki itu. Beliau berasal dari Negeri Sembilan.

Dalam kejadian  kira-kira jam 2.30 petang Isnin lepas, Lau bersama dua penduduk Orang Asli masuk ke kawasn hutan simpan berkenaan untuk meninjau bagi kerja mengukur sempadan.

Pandu Amat, 45, bersama anak lelakinya menyedari kehilangan mangsa ketika perjalanan keluar dari hutan itu pukul 5 petang apabila mendapati Lau tidak berada di kenderaan

Jumaat, 6 Oktober 2017

MELAKA - misteri orang bunian di pulau hantu ............................................ ............................................ ............................................







Melaka - Misteri Pulau Hantu Melaka selalu membuat banyak orang penasaran untuk datang berkunjung ke pulau ini.  Namanya memang terdengar sangat mengerikan. Apalagi di kalangan nelayan beredar banyak cerita yang menyeramkan mengenai Pulau ini.


           Resort terbiar dari puncak pulau Hantu.dii huni oleh orang bunian

mengikut cerita penduduk tempatan dariipada cerita orang dulu dulu
Asal usul nama pulau hantu kerana pulau ini di huni oleh mahluk halus atau penduduk tempatan menyebut orang bunian dan berhantu




Pulau Hantu merupakan sebuah pulau yang berada di dekat Pulau Besar, sebagian merupakan wilayah Singapura dan sebagian yang lain masuk ke wilayah Negeri Melaka, yakni sekitar 10 km sebelah selatan dari Bandar Melaka, dekat ke arah Umbai. Jika air laut sedang surut, Pulau Hantu dapat dijangkau dari Pulau Besar hanya dengan berjalan kaki saja.



Beragam legenda lokal yang diceritakan dari mulut ke mulut, menjadikan misteri Pulau Hantu Melaka semakin nyata. Ada yang mengatakan bahwa beberapa pulau sekitar Pulau Hantu bentuknya seperti perut wanita yang sedang hamil, yakni perut seorang putri yang bunuh diri karena menjadi patah hati akibat ditinggal mati oleh suaminya. Karena menceburkan ke dalam laut dalam kondisi hamil dan akhirnya ditemukan meninggal, tubuh putri malang tersebut akhirnya membentuk sebuah pulau yang berbentuk seperti perut yang besar. Misteri Pulau Hantu Melaka semakin terasa dengan adanya sebuah gua di sana. Gua tersebut dipercaya sebagai tempat para kesatria jaman dulu mempraktikkan kesaktiannya.




 Bahkan dapat ditemukan batu raksasa di Pulau Hantu yang dikenal dengan ‘Batu Belah’. Dipercaya bahwa  batu ini pernah dipergunakan untuk menahan murid kesatria dengan ilmu sihirnya.


di sinilah sering kali pelancong terlihat bayangan putih seperti manusia dan ghaib dalam semak samun

Namun demikian, saat ini misteri Pulau Hantu Melaka tidaklah begitu menyeramkan. Pulau ini menjadi tempat favorit banyak orang untuk menghabiskan liburan bersama keluarga. Banyak aktivitas rekreasi yang dapat dilakukan di sini, dari memancing, menyelam, berenang bahkan barbeque. Beragam fasilitas untuk menunjang kegiatan rekreasi bayak ditemukan di Pulau Hantu, seperti resort, klub yacht, fasilitas rekreasi air. Mungkin, hantu yang banyak bergentanyangan tidak lagi kerasan tinggal di Pulau Hantu, karena pulau ini menjadi tempat yang sangat menantang dan mengasyikkan bagi semua orang. Mungkin juga para hantu sekarang tertarik untuk ikut bersenang-senang dengan para pengunjung, dan sudah bosan menakut-nakuti orang asing yang datang.

Isnin, 2 Oktober 2017

jom jalan jalan cari pengalaman baru ke gua berhantu yang penuh misteri .............................................................................................................................................................



Hampir semua peninggalan bersejarah di Indonesia diselubungi dengan misteri.  betapa kejam era zaman jepun 

Berbanding Belanda, Jepun memang hanya berkuasa 3 setengah tahun lamanya di Indonesia. Tetapi waktu itu sudah cukup untuk meninggalkan luka yang mendalam untuk Indonesia. Bagaimana tidak, Jepun menzalimi masyarakat Indonesia dengan sangat keji. Mereka tidak hanya menyiksa tapi juga melayan orang Indonesia dengan sangat biadab.

Tidak hairanlah beberapa peninggalan gua Jepun di negara ini menjadi tempat yang sangat berhantu. Kerana ternyata di samping menjadi gua gua-gua sebenarnya digunakan sebagai tempat untuk melepaskan kemarahannya terhadap rakyat Indonesia. Di manakah gua Jepun paling berhantu di Indonesia? 

kalau nak datang melihat gua gua ni kena naik kapal terbang

Gua Jepun di Manado
Di paling utara pulau Sulawesi, tepatnya di Singkil, Manado dulunya juga menjadi pangkalan pertahanan Jepun semasa menjajah Indonesia. Tidak hairanlah terdapat banyak gua peninggalan Jepun yang dulu menjadi kubu serta penjara bagi rakyat Indonesia.

Gua ini adalah salah satu daripada saksi kekejaman tentera Jepun terhadap kaum pribumi. Mereka menyiksa dan membunuh orang pribumi tanpa belas kasihan. Oleh karena itu, gua ini juga dikenali sangat berhantu. Tetapi bukan sekadar fenomena hantu yang legenda di dalam gua ini, tetapi ilusi aneh yang kononnya akan dialami oleh semua orang yang memasuki gua ini.

Gua Jepun di Bali
Masyarakat Bali pernah mengalami sejarah yang dahsyat ketika Jepun menguasai Indonesia. Di Klungkung, Bali bahkan terdapat sebuah gua yang dibina dari sistem tenaga kerja paksa 



Menurut kisahnya di dalam gua ini terdapat banyak orang asli yang mati akibat dianiaya dan dibiarkan mati seperti itu. Jangan terkejut apabila memasukinya, gua ini yang mempunyai kedalaman 15 meter mempunyai aura sangat mistik yang sangat tebal. Dikatakan bahawa ramai orang yang masuk ke dalam gua mengalami banyak fenomena mistik, sama ada suara para askar, jeritan dan air mata sedih sehingga bau darah yang tidak tahu sumbernya.

Gua Jepun di Gua Jember
terletak tepat di Pantai Selatan Ambulu, Jember ia juga merupakan salah satu gua yang paling berhantu. Sama seperti di Bali, gua ini juga dibina oleh buruh  paksa dari kalangan orang asli.



 penduduk setempat tidak mempunyai keraguan mengenainya. Malah  warganegara kat situ akan membawa para pelancong untuk mengalami pengalaman baru  yang  ingin melihat penampakan mahluk mahluk halus maka inilah tempatnya. Dikatakan bahawa hantu di sini memang ingin menunjukkan diri mereka kepada orang-orang yang masuk ke dalam gua.

Gua Jepun di Bandung
Gua ini sudah biasa dengan penduduk Indonesia, terutama penduduk Bandung, kerana gua Jepun di Taman Hutan Juanda merupakan salah satu tempat wisata favorit.



Tetapi gua ini juga mempunyai cerita mistik yang dahsyat. Dikatakan, dalam gua ini mempunyai banyak bilik sering terjadi fenomena ghaib. Dari suara-suara misteri  hantu Jepun dan Belanda.



wahai manusia jangalah engkau takut pada hantu kerana hantu termasuk dari golongan kaum yang lemah dan tidak sepurna di bumi yang nyata

PASIR MAS - Misteri suara jeritan di dalam telaga terbongkar di sebuah rumahnya dekat Kampung Paloh di sini, semalam. ................................................ .........................



PASIR MAS - Seorang wanita nyaris lemas selepas terjatuh dalam perigi di rumahnya dekat Kampung Paloh di sini, semalam.

Kejadian jam 11 pagi itu disedari suaminya, Abdul Rahman Ahmad, 66, selepas terdengar isterinya, Taharah Che Ismail, 63, menjerit meminta tolong.

Abdul Rahman yang menghidap penyakit asma berkata, dia bergegas ke kawasan perigi dan melihat isteri sudah terjatuh.

"Ketika itu, saya cuba hulur tali, tapi isteri tak boleh keluar juga.

"Saya suruh pula dia berpaut pada batang paip dalam perigi itu sementara saya pergi minta tolong jiran," katanya.

Abdul Rahman berkata, dengan bantuan dua jiran, isterinya berjaya dikeluarkan dari perigi dengan selamat.

"Kami bertiga ambil masa hampir sejam untuk keluarkan Taharah menggunakan tangga dan tali yang lebih besar.

“Keadaan perigi yang sempit menyukarkan usaha saya dan jiran untuk menyelamatkannya,” katanya.

Dia berkata, dia sangat lega apabila isteri berjaya diselamatkan.

Katanya, isterinya dibawa ke Klinik Kesihatan Tendong sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.

Khamis, 28 September 2017

KUALA LUMPUR - Dua remaja berusia 16 tahun didakwa di Mahkamah Majistret harii ini didakwa bunuh 23 orang di pusat tahfiz kemungkinan di bebaskan atau hukuman mati.............................



KUALA LUMPUR - Dua remaja berusia 16 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan membunuh 23 orang di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, dua minggu lalu.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Mengikut pertuduhan mereka didakwa bagi mencapai niat bersama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seramai 23 orang.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara pukul 4.15 hingga 6.45 pagi di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung Kampung Datuk Keramat di sini.

Berikutan itu pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Terdahulu tiga Timbalan Pendakwa Raya iaitu Othman Abdullah, Nur Akmal Farhan Aziz dan Mohd. Nordin Ismail tidak menawarkan jaminan.

Mahkamah kemudian menetapkan 28 November depan untuk sebutan semula kes

Isnin, 25 September 2017

KOTA BHARU - GARA GARA menghantar mesej gambar lucah kepada jiran ....................................................................... ............................................................................................................................. ...............................................................................................................................



KOTA BHARU - Angkara menghantar mesej gambar lucah kepada jirannya, seorang tukang cuci menerima padah apabila didenda RM3,000 oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Majistret, Nik Habri Muhamad mengenakan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Ismail Muda, 36, mengaku salah terhadap pertuduhan yang dikemukakan.

Tertuduh didakwa menghantar mesej gambar lucah melalui telefon bimbit kepada jiran yang juga seorang remaja perempuan berusia 19 tahun di sebuah rumah tanpa nombor di Pulau Belanga Sering, di sini, pada jam 12 tengah hari, 18 September lalu.

Dakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Sharifah Amirda Shtasha Amir Shariffuddi, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Nasir Abdullah.

Terdahulu, tertuduh merayu hukumannya diringankan dengan mengambil kira tertuduh yang menanggung orang tuanya dan masih bujang.

Sharifah Amirda pula memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain supaya tidak mengulanginya.

Nik Habri kemudian menjatuhkan hukuman itu dan mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya denda itu gagal dijelaskan.