Isnin, 2 Oktober 2017

PASIR MAS - Misteri suara jeritan di dalam telaga terbongkar di sebuah rumahnya dekat Kampung Paloh di sini, semalam. ................................................ .........................



PASIR MAS - Seorang wanita nyaris lemas selepas terjatuh dalam perigi di rumahnya dekat Kampung Paloh di sini, semalam.

Kejadian jam 11 pagi itu disedari suaminya, Abdul Rahman Ahmad, 66, selepas terdengar isterinya, Taharah Che Ismail, 63, menjerit meminta tolong.

Abdul Rahman yang menghidap penyakit asma berkata, dia bergegas ke kawasan perigi dan melihat isteri sudah terjatuh.

"Ketika itu, saya cuba hulur tali, tapi isteri tak boleh keluar juga.

"Saya suruh pula dia berpaut pada batang paip dalam perigi itu sementara saya pergi minta tolong jiran," katanya.

Abdul Rahman berkata, dengan bantuan dua jiran, isterinya berjaya dikeluarkan dari perigi dengan selamat.

"Kami bertiga ambil masa hampir sejam untuk keluarkan Taharah menggunakan tangga dan tali yang lebih besar.

“Keadaan perigi yang sempit menyukarkan usaha saya dan jiran untuk menyelamatkannya,” katanya.

Dia berkata, dia sangat lega apabila isteri berjaya diselamatkan.

Katanya, isterinya dibawa ke Klinik Kesihatan Tendong sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan