Isnin, 16 Oktober 2017
JELI - Misteri gunung Reng PERKAMPUNGAN YANG DI LAKNAT OLEH ALLAH ............................................................................................
Gunung timpa kampung di hari akhir keramaian
Kampung Gunung Reng dikatakan wujud kerana kifarah ALLAH terhadap hambanya yang telah melanggar nilai serta norma kemanusiaan.
Jika dirujuk pada catatan sejarah yang terdapat sekitar gunung itu, tapak asal gunung berkenaan dibuka Tok Tadeh dari keturunan Pulang Hari, Jawa, yang berhijrah ke kampung berkenaan.
Penduduk, Abu Bakar Yaacob, 73, berkata, berdasarkan cerita Allahyarham ibunya, Siti Mariam Mamat, ketika dulu di Kampung Tala diadakan majlis keramaian secara besar-besaran selama tujuh hari tujuh malam dengan pelbagai acara dan aktiviti.
Katanya, kemuncak pesta berkenaan iaitu menjelang waktu Zohor, diadakan acara melaga kucing dengan anjing yang dibuat di atas bumbung rumah kononnya sebagai acara penutup.
Menurutnya, ketika penduduk leka menyaksikan acara berkenaan, langit tiba-tiba bertukar gelap sebelum disusuli ribut taufan serta hujan lebat.
“Ketika itu seorang nenek bersama cucunya yang tinggal di Kampung Gantang bersebelahan Kampung Tala pulang ke rumah untuk alihkan padi yang dijemur.
"Mereka kemudian kembali ke Kampung Tala, dan alangkah terkejutnya apabila melihat terdapat gunung besar di tapak kampung berkenaan,”
Abu Bakar berkata, perempuan tua dan cucunya kemudian meninggalkan Kampung Tala kerana hanya mereka sahaja yang ada di situ.
“Kedua-duanya kemudian berpindah ke Kampung Jeli Lama dan dikatakan memulakan hidup baru di kampung itu.
"Mereka juga yang berkongsi cerita dengan generasi seterusnya dan dibawa dari generasi ke generasi sehingga hari ini,” katanya.
Dalam pada itu, difahamkan gunung yang menghempap Kampung Tala itu dikatakan berasal dari Ulu Sungai Reng yang terletak di negeri Perak, di mana jaraknya kira-kira tiga hari tiga malam perjalanan untuk sampai ke kampung berkenaan.
Gunung Reng dikatakan mendapat nama daripada Sungai Reng yang mengalir berhampiran gunung berkenaan.
Lebih menguatkan dakwaan itu apabila dikatakan tempat asal gunung berkenaan telah menjadi kolam, dan sehingga kini kolam yang terdapat di hulu Sungai Reng berbentuk seperti Gunung Reng ini.
Abu Bakar berkata, gunung itu juga dikatakan menjadi tempat persinggahan Puteri Saadong sebelum berpindah ke Gunung Ayam di Gua Musang.
Katanya, Puteri Saadong meninggalkan Gunung Reng selepas dikatakan merajuk dengan penduduk kampung yang tidak memulangkan pinggang mangkuk dipinjam.
“Kalau hantar yang pecah pun tak apa, tapi penduduk ketika itu hidup susah langsung, tak mampu nak beli, jadi mereka tak pulangkannya menyebabkan Puteri Saadong merajuk dan meninggalkan Gunung Reng.
“Jika menyusuri bahagian dalam Gunung Reng, kita masih boleh lihat tinggalan Puteri Saadong seperti pinggang mangkuk, kamar beradu, tempat bermain makyung dan empat hulubalang,
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan